Saturday, June 29, 2013

Tenttang Sarang Burung Layang-Layang

Satu kajian didapati bahawa penghasilan kalogen berkurangan dengan kadar 1.5% pada
setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita kehilangan hampir
separuh daripada kalogen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin kurang kalogen. Inilah antara
punca kedutan kulit, kulit menjadi kusam dan tak bermaya.
Formulasi Bird Nest Plus ini mengandungi bird nest, hydrolyzed marine collagen, soluble
pearl powder, impreta cylindrical extract, rock sugar, honey and distilled water dipercayai mampu
memberi keanjalan kulit, meremajakan semula kulit, melicinkan dan memutihkan kulit.

Apakah itu Sarang Burung?

• Sarang Burung yang dinyatakan ini adalah sarang burung walet ( laying-layang ) yang membuat
sarangnya dengan menggunakan air liurnya sendiri.
Dihasilkan oleh 2 spesis walet, iaitu
• White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus)
• Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus)

Perbezaan di antara Sarang Burung berwarna putih, hitam dan juga merah ?

Sarang burung yang berwarna putih dihasilkan oleh spesis burung walet yang dipanggil
“Aerodramus Fuciphaga”. Sarang yang berwarna putih adalah lebih berkualiti.
• Sarang burung yang berwarna hitam dihasilkan oleh spesis burung walet yang dipanggil ”
Aerodramus maxima” .Harga bagi sarang yang berwarna hitam adalah lebih murah berbanding
sarang yang berwarna putih.
• Sarang yang berwarna merah dihasilkan oleh kedua-dua jenis burung walet. Warna ini terhasil
apabila berlaku tindak balas kimia di antara air liur burung itu dengan sejenis batu yang terdapat
di sesetengah gua.
Terdiri daripada 3 jenis sarang burung:
• Sarang Burung Berdarah ( Merah )
• Sarang Burung Sutera Keemasan ( Kuning )
• Sarang Burung Maharaja Putih ( Putih )
Perbezaan di antara Sarang Burung liar (gua) dan secara ternak (rumah burung)
• Sarang Burung Liar - Kurang berkualiti kerana sarangnya mengadungi bulu burung serta kotoran
semulajadi.
• Sarang Burung Ternakan - Lebih berkualiti kerana sarangnya lebih licin serta bersih.
Apakah yang anda tahu tentang sarang burung?
• Mengandungi 60% protein (protein larut air & protein aktif).
• Tterdiri daripada 18 jenis asid amino penting, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium,
fosforus & magnesium.
• Bahan yang paling penting ialah faktor perangsang mitogen-MSF dan faktor pertumbuhan
epidermis-EGF yang dikenali sebagai “Gen Kecantikan”.
Kepentingan Sarang Burung Dalam Masyarakat Cina
• Sarang burung berada di tahap kedua selain Ginseng.
• Pemangkin pertumbuhan sel dan kulit.
• Penggunaan janka panjang – Mencantikan permukaan kulit, menberi tenaga dan mengukuhkn
ketahanan kepada golongan tua terhadap penyakit.
• Kitab Compendium of Materia Medica – Kesihatan paru-paru, buah pinggang, perut dan ginjal.
Kandungan Kimia Sarang Burung ( Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo )
• 9% moisture
• 20% inorganic ash
• 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
• 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).

kebaikan Sarang Burung
• Kajian perubatan Cina di Beijing - Merupakan agen pemutihan kulit dan kesihatan mata.
Bagi penghidap asma - merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan
memperkuatkan paru-paru.
• Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan sarang burung bermanfaat sebagai:
Ø Zat kolagen yang melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta
memperbaiki saluran pencernaan.
Ø Dpat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi
paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
Ø Pengambilan semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung,
memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepatkan proses
penyembuhan setelah melahirkan anak.
Ø Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme,
memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
Ø Untuk golongan tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta
meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
Ø Untuk kanak-kanak, dapat memperkuatkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap
makanan dan memperkuatkan paru-paru. Menggalakkan perkembangan otak serta
menguatkan daya ingatan.
Ø Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan
kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah ( cancer ).

0 comments:

Post a Comment