Friday, June 28, 2013

Info Tenttang Industri Sarang Burung Walit


walit04walit02walit01
..Info
Pada 3 OKTOBER 2005 di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengiktiraf indusri sarang burung walet (I.S.B.W) merupakan satu industri yang berpotensi tinggi dan menghasilkan keuntungan yang lumayan.
Pengeluaran Lesen 
Kerajaan tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga telah mengeluarkan lesen kepada pegusaha bangunan (sarang burung) walet yang mematuhi syarat- syarat tertentu, menurut undang-undang.
Penglibatan Agresif Pihak Swasta
Pihak swasta juga telah merancang beberapa projek MEGA (bernilai berjuta ringgit Malaysia) terutama di Perak dan beberapa tempat lain di Malaysia.Memperlihatkan industri sarang burung walet (I.S.B.W) ini amat berpotensi dan menguntungkan.
Permintaan Melebihi Penawaran 
Permintaan Pasaran ke atas sarang burung meliputi seluruh dunia seperti China, Jepun, Amerika dan Eropah dan hanya 20 % - 30 % sahaja permintaan dalam pasaran dunia dapat di penuhi ( 70%-80% permintaan gagal dipenuhi)
Harga Sarang Burung Walet 
Bergantung kepada gred dan jenis sarang 
Harga pasaran tempatan 1kg = RM 4,500,00 – RM 6,500.00 
Pasaran dunia 1kg = RM 6,000,00 – RM 12,000.00 
Harga tertinggi RM 12,000,00 – RM 24,000.00.
Kejayaan Pengusaha-pengusaha Bukan Bumiputera 
Lebih dari 90 % pengusaha industri sarang burung walet (I.S.B.W) di kuasai oleh bukan bumiputera dan mereka telah lama menikmati keuntungan bernilai berjuta- juta Ringgit Malaysia dan telah menjadi kaya-raya.
Modal Sekali : Untung Selama-lamanya 
Pelabur modal hanya sekali sahaja untuk memulakan industri ini dan keuntungan dapat di pungut selama- lamanya. Kerana tanah dan bangunan adalah berbentuk kekal.
Keuntungan 80% - 90% Daripada Perolehan 
Keuntungan 80 %- 90 % daripada perolehan merupakan satu kelebihan industri sarang burung walet (I.S.B.W). Keuntungan sebegini tidak terdapat dimana- mana pelaburan yang lain.

0 comments:

Post a Comment